Wednesday, January 30

Loloq Meninggal Dunia

Santai baru saja lepas baca blog kat Sensasi Selebriti..credit to that blog

Penulis terkenal Rosli Khamis yang lebih dikenali sebagai Loloq telah meninggal dunia tengahhari tadi di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur selepas dilaporkan koma akibat daripada pendarahan dalam otak.

Malaysia telah kehilangan seorang penulis lirik berbakat dalam menghasilkan karya dan sentiasa menampilkan lakonan yang unik. Selain menulis lirik untuk penyanyi popular dan menulis skrip Loloq juga pernah berlakon dalam filem seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang.

Takziah buat keluarga Allahyarham....

Author: SantaiDeCool

No comments: