Thursday, January 31

Sejarah BMTTJ

elo..elo..elo...mak datang lagi nyah!!hahaha..sorry laa..smalam buzzy skit, yelaa tetiba bos bagi kat gedik kerja-kerja amal yang perlu gedik selesaikan. hermm..terpaksa settlekan laa yer.
amboi-amboi..sejak bila pula santai amik alih kerja gedik selaku penggosip yg de bomb nie? tugas santai hanya lah memberi info ttg dunia selebriti je tau..then what u wrote?BMTTJ tuu betina menggatal tambah tipu jantan??hahaha..sesuai sangat dengan nama penuh tuu.

well u all nak dengar cerita?apa pula dengar..bukannya gedik ckp kat korang, korang yg baca tulisan gedik nie. cerita apa lagi kalo bukan pasal BMTTJ. citer nie dah agak basi laa. tapi still bleh dimakan lagi. takada sakit perut nanti.

kan gedik dah janji nak ceritakan pasal sikit demi sedikit ttg BMTTJ tuu. sementara waktu rehat nie..bos pun tak ada, baik gedik ceritakan sikit-sikit ek. ianya bermula dengan cerita bagaimana BMTTJ tu dapat nama BMTTJ.

kebetulan gedik nie baik sangat ngan housemate dia dulu. housemate si BMTTJ tu baik laa..lagipun jenis tak kiah hal-hal org lain. then kan baru jadi housemate, si housemate tuu kita namakan si S laa, so si S pun ajak laa si BMTTJ tuu balik rumah saudara dia. mula-mula memang laa okay jek. tapi yg tak disangkanya, one of pakcik S terbekenan ngan BMTTJ. belakang S, mereka selalu contact. selalu sangat!!hinggakan one time makanan buka posa pun si pakcik S nie bekalkan duit. sedangkan kat S, ajak makan umah jek.then time sahur, pakcik S sanggup kejutkan si BMTTJ dengan call dia pagi-pagi buta, sedangkan si S dia tak kejutkan pun. then waktu raya, pakcik S nie belikan kuih n kek raya tuk BMTTJ bawa balik sedangkan kat rumah sendiri, kuih n kek makcik S yang buat perkara nie terbongkar bila makcik S tuu bergaduh ngan pakcik S. dari situ barulah S tahu yang tindakan dia bawa balik BMTTJ salah. dia mula menyesal..tapi still cool. dendamnya still ada sbb menyebabkan makcik n pakcik S bergaduh besar. mana taknya, bila balik rumah sedara mara, semuanya cam menyalahkan tindakan S tuu bawa balik BMTTJ ke rumah.

after that si pakcik S nie, bila depan S dia suka ceritakan ttg BMTTJ nie.si S berlagak leh terima laa (like open minded), tapi belakangnya, si S nie mengaduk kat gedik n santai. geram juga gedik dengar. si santai pula asyik suh sabar-sabar. yelaa..santaikan baik orangnya.hish...kalo gedik, dah lama gedik serang si BMTTJ tuu.

bila asyik dok cerita, terkeluarlaa dia berkenan nak jadikan BMTTJ tuu isteri kalo dia xkahwen lagi!!lagi laa si S bengang..tapi still cool. memang santai tabik spring kat kesabaran si S. santai pun kalah tau dengan tahap kesabaran si S tu.

dari situla muncul nama Bakal Makcik Tiri....tapi lama-lama bila si S tu tau perangai si BMTTJ tu memang suka mendajalkan org, then pakciknya dah insaf, tu yang muncul Tak Jadinya tu.

itulah kisah sejarah kita pada hari ini. ermm gedik tak ada seminggu. sbb gedik kena pergi melaka, ada road show kat sana. kay laa...jumpa next time. kita sambung lagi gossip si BMTTJ nie later-later kay...

Author:GedikDeBomb

Wednesday, January 30

Loloq Meninggal Dunia

Santai baru saja lepas baca blog kat Sensasi Selebriti..credit to that blog

Penulis terkenal Rosli Khamis yang lebih dikenali sebagai Loloq telah meninggal dunia tengahhari tadi di Hospital Pakar Damansara, Kuala Lumpur selepas dilaporkan koma akibat daripada pendarahan dalam otak.

Malaysia telah kehilangan seorang penulis lirik berbakat dalam menghasilkan karya dan sentiasa menampilkan lakonan yang unik. Selain menulis lirik untuk penyanyi popular dan menulis skrip Loloq juga pernah berlakon dalam filem seperti Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang.

Takziah buat keluarga Allahyarham....

Author: SantaiDeCool

Bukan Ca Atau LA...tapi RA

Hish..hish..hish..gedik oo gedik..apalaa nak jadi ngan kakak santai yg sorang nie. Awal-awal posting dah bergosip skang. Hari nie gedik bz ngan kerja-kerja dia. Semalam dia dapat job baru dari bos dia, so dia takkan nak bergossip kot hari nie. Tapi tak tau laa kan, kalo-kalo dia bosan mengadap kerjanya yang bertimbun satu meja tu, buka juga blog nie kan. Ada aja gossip yg dia nak dikongsi bersama.

Well apa yg si gedik tulis smalam, betul. Apa gelaran yg si gedik bagi kat 'kwn' dia tuu??BMTTJ..haha..biar benar ngan kakak santai nie. Kang org salah tafsir..betina menggatal tambah tipu jantan...hahahah....

Si BMTTJ tu mmg jadi RA. Santai dah tanya pada kwn baik dia sendiri. Ermm...santai pun tertanya-tanya bagaimana dia boleh jadi RA. Kerja-kerja dulu pun banyak org lain yg tukang buatkan. Santai nie ada laa penah sekali dua tolong dia settlekan projek dia. Sebab tuu gedik tau sangat perangai si BMTTJ tuu. Yelaa..dah berapa kali gedik sound kat santai nie. jgn tolong dia, tapi santai tak sampai hati. Yelaa santai nie kan ala-ala tak boleh tengok org susah skit, mesti santai nak tolong.

Projek Sakit Mata si BMTTJ tuu pun santai pasti ada yang buatkan kat dia. Mana tak nya, kwn santai cerita, waktu pertengahan tahun lepas, dalam lebih kurang 2 bulan nak present project, si BMTTJ tuu tak start-start lagi projek dia. Kalo start sikit tak pe laa. Kwn santai tuu buat juga Projek Sakit Mata tu..tapi dalam bidang lain laa. Mulanya dia nak tolong, tapi santai bagi nasihat kat dia kata jangan. Sebabnya santai tau macam mana perangai si BMTTJ.

Kalo dia sama-sama bersusah payah memikirkan susah senang projek tu, santai tak kisah, tapi nie tidak, dia biarkannya nanti kita pikir sorang-sorang untuk settlekan Projek Sakit Mata dia nie. Ermm..memang sakit Mata betul...dah laa kene ngadap virus-virus yang tak dikenali, tambahan pula terdedah kepada anasir-anasir yang buruk. Memang sesuai nama projek tuu Projek Sakit Mata.

Yang paling tak sukanya, bila tahun lepas si BMTTJ tuu tak dapat bantuan dari kwn-kwn santai, dia mula mengendeng dengan 'pakar-pakar' yang amat kwn-kwn santai kagumi. Kalo dia mengendeng dengan sorang tak pe laa kata kwn santai nie. Tapi dia mengendeng dengan hampir semua pakar-pakar untuk siap kan projek dia. Malah dengar ceritanya, ada antara pakar-pakar itu bergaduh sesama sendiri. Bergaduh sebab apa, santai tak pasti. Kena tanya si gedik laa. Sebab gedik lebih arif dengan gossip nie. Lagipun gedik dapat story mory dari sumber yang benar-benar boleh dipercayai.

Kayla, bos santai dah masuk kerja balik nie. Kang buatnya dia datang kat santai nak tengok progress kerja, tengok-tengok santai tengah bersenang lenang, kena buang keja laa plak. Sian kat santai.......

Author: SantaiDeCool

Tuesday, January 29

Gossip Gedik Pun Bermula

gedik ingatkan masuk tahun baru nie, gedik nak buat azam baru, taknak bergossip lagi. tambahan org-orang yang selalu jadi bahan gossip gedik, dah cam tak muncul depan gedik. tapi baru-baru nie ada kwn gedik datang kat gedik bawa new story.
actuallynya gedik dan kwn2 yang lain tak suka dengan cara one of our fren. sapa tahu peragai sebenar "Bakal Makcik Tiri Tak Jadi" (BMTTJ) tuu mesti benci sesangat. gedik tau laa gedik nie bukannya baik sangat. tapi tak adalaa sampai buat benda-benda yg mendatangkan syak wasangka org.
untuk posting-posting yang kemudian, gedik akan ceritakan perangai sebenar BMTTJ nie.

tapi untuk hari ini punya posting, gedik dengar yg si BMTTJ tuu dah ada kerja baru. gedik tak pasti sama ada waktu kwn gedik nie cerita, dia tersalah dengar....
disampaikan oleh org2 kanan gedik nie..BMTTJ nie dapat jadi RA(research assistant)...
yang gedik herannya..cam mana dia boleh jadi RA...sedangkan gedik kenal sangat cara BMTTJ nie kerja macam mana. hurmmm....rasanya kwn gedik nie dah salah dengar kot.

nanti gedik check balik sama ada gossip nie sahih atau tidak...
Author: GedikDeBomb

santai:mungkin leh jadi LA = lab assistant....
gedik:aku rasa CA = cleanner assistant....hahahahhahaha

Selamat Menulis...

Huh akhirnya tercipta juga satu blog. Dari tahun lepas lagi keinginan santai untuk mewujudkan blog tidak kesampaian. Maklum la...bz laa katakan. Memenuhi undangan sana sini, menyiapkan kerja-kerja yang dari hari ke hari berlonggok diatas meja, malahan bergossip dengan gedik and all my geng.

Untuk posting yang pertama ini, sengaja
gedik memberi peluang pada santai untuk mencoretkan sepatah dua kata. Yang pasti untuk posting-posting yang berikutnya, pasti gedik juga akan posting.

So untuk para pembaca baru....selamat membaca segala coretan
gedik dan santai.
Setiap coretan ada dan tiada kena mengena dengan yang hidup..hahahha
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Minta ampun jika ada terlanjur bahasa.

Dadadada.....
santai mengundur diri....memberi ruang pada gedik yg tak sabar-sabar nak posting

Author: SantaiDeCool